Masa Sentiasa Bergerak

Pages

Khamis, 25 Ogos 2011

(Cerpen) Isteriku

"Dah tidur ke?" tegur Alia. Jam sudah menunjukkan pukul 11.35 malam. Dia menyoal tanpa menoleh ke belakangnya. Nazif mengeluh berat, memberi tanda bahawa dia belum tidur. Alia tersentak. Dia lekas mengengsot sedikit tubuh lansingnya mendekati Nazif yang sedang berbaring membelakanginya. Bahu lelaki berkumis nipis itu disentuh lembut.

"Sayang…rindu.." luahnya manja. Wajah lembutnya dibenamkan ke belakang badan suaminya. Berharap agar suaminya itu faham akan kehendak batinnya. Sambil memeluk erat pinggang Nazif, Alia mengambil peluang untuk menghidu aroma asli tubuh Nazif.

"Hurm…Saya penat lah malam ni..minta maaf.." balas Nazif sambil meleraikan pelukan Alia yang melingkari tubuh sasanya itu. Dia bingkas bangun, mengambil bantal dan mencapai selimut yang tergumpal dihujung kaki lalu bergegas keluar dari bilik. Alia termangu.

"Kenapa awak nak keluar bilik pula?" jerit Alia dari dalam bilik. Sakit hati. Kalau ia pun tak nak, takkan lah sampai kena keluar bilik kot? Huh! Nazif hanya membisu. Kali ini, Alia pula bangkit dari katil lalu menuju ke ruang tamu. Dia geram melihat reaksi selamba suaminya itu. Nazif sedang berdiri, sambil memegang remote tv.

"Saya dah bagitau awak kan, saya penat malam ni, penat..penat.." balas Nazif kasar. Alia pantas menarik bahu Nazif supaya mendepaninya.

"Kenapa dengan awak ni? Kenapa tiba-tiba dingin dengan saya? Okay, fine, saya cuba faham. It’s okay lah kalau awak penat, saya boleh consider, tapi kenapa sampai nak kena keluar bilik pula? Why? Awak tak boleh eh, tidur sebelah saya macam biasa?" marah Alia. Dia tertekan dengan sikap Nazif yang tiba-tiba berubah. Nazif angkat bahu.

"Suka hati awak lah Alia, malas lah nak gaduh dengan awak. Saya penat, saya nak tidur..tolong lah faham…" Nazif mula membaringkan tubuhnya di sofa. Mukanya ditutup dengan bantal. Alia semakin panas. Sudah hampir dua minggu mereka begini.

"Saya tak puas hati, kita kena settle hal ni", Alia melabuhkan punggungnya di peha Nazif. Lelaki itu tersentak. Dia bingkas bangun.

"Eh, awak ni tak reti bahasa ke? Awak nak saya berkasar dengan awak eh, baru awak faham, macam tu?" tengking Nazif sambil mengangkat tangan, mengugut untuk menampar. Alia terkejut. Sampai hati!

"Saya salah apa dengan awak, sampai macam ni sekali awak layan saya?" Alia mula teresak-esak. Nazif mula kendur. Wajah lembut isterinya direnung lama. Dia sayangkan Alia, tapi…

"Awak isteri yang degil, saya benci tu.."

"Saya buat apa?" rintih Alia lalu memeluk Nazif. Dia menangis semahunya. Nazif perlahan-lahan menolak tubuh isterinya.

"Tolong lah Alia, saya tak nak anak, awak faham kan maksud saya?"

"Mana boleh! Awak tak boleh buat keputusan macam tu, Zif! Saya tak setuju. Tapi, kenapa? Why? Apa masalahnya kalau kita ada anak sekalipun?" Alia masih tidak faham dengan sikap degil Nazif.

"Saya tak bersedia, lagipun kita muda lagi Alia, saya tak habis study lagi, dan awak pun sama, kita baru 20 tahun Alia, takkan semuda tu nak jadi mummy and daddy? Saya tak nak! Saya betul-betul tak bersedia! Please lah, tolong lah faham," Nazif beria-ia menekan perkatan ‘tak bersedia’. Alia merenung tajam wajah Nazif.

"Jadi, sebab tu lah awak dah tak nak sentuh saya lagi, eh?" telah Alia geram. Nazif terdiam seketika sebelum menyambung.

"Bukan.."

"Habis tu, apa?"

"Bukan sebab awak..tapi sebab..hurm..erp..tuh, budak dalam perut awak tuh.." Nazif menunjuk pada perut Alia. Dia mencebik.

"Budak? Heh, Nazif! Dengar sini! Budak dalam perut ni anak awak, tahu!" jerkah Alia. Dia betul-betul buntu, anak ini adalah lambang cinta kita, Zif!

"Saya tahu, tapi saya tak nak budak tu.." Alia tergamam. Nazif tunduk. Kakinya menguis-nguis bulu karpet yang tebal dan berpintal-pintal.

"Jadi?"

"Gugurkan kandungan awak". Alia meraung kesedihan. Dia terus melutut di kaki Nazif.

"Sayang..tolonglah..saya sayang budak dalam perut ni, please..ni anak kita sayang…tolong lah…jangan lah buat macam ni, saya tak nak! Tak nak! Sayang…tolong lah.."

"Alia! Awak tahu kan, saya paling benci perempuan yang menangis! Benci! Diam! Diam!" Jerkah Nazif sambil menggoncang tubuh isterinya berkali-kali. Alia menggeleng, dia menepis tangan Nazif yang mencekak kedua-dua belah bahunya. Genggaman yang kuat pada bahunya telah menimbulkan kesan merah pada bahu Alia yang terdedah.

"Awak kejam, Nazif! Sampai hati awak nak bunuh anak kita..awak jahat! Awak jahat! Saya benci awak!" Alia berlari masuk bilik, pintu bilik dihempas sekuat hati sehinggakan bingkai gambar yang tergantung di pintu bilik jatuh lalu pecah berkecai. Nazif cuba mengejar Alia tapi terlambat. Dia mengetuk pintu bilik beberapa kali.

"Buka pintu ni sayang..please..buka la.." rayu Nazif.

"Tak nak! Awak jahat dengan saya, awak jahat dengan anak kita!" jerit Alia dari dalam bilik. Sungguh dia tidak ingin melihat wajah Nazif lagi.

"Saya bukan tak nak anak dengan awak, tapi masanya bukan sekarang…tolong lah faham saya wahai Alia sayang. Sekarang pun kita dah susah, saya sara awak pun dengan wang pinjaman belajar,kan? Jadi, tolong lah faham…keadaan sekarang tak sesuai, lagipun, tak rugi pun, kita boleh cuba lagi next time kan?"
"Awak gila ke Nazif? Hal ni melibatkan nyawa tahu! Awak kena ingat, setiap anak tu, Allah dah janjikan rezekinya, tiada istilah pun anak tu akan membebankan kita nanti..awak lupa eh, tujuan sebuah perkahwinan, lupa dosa pahala,"

"Awak nak mengajar suami awak pula?" sindir Nazif. Tiba-tiba dia melenting.

"Tak, tapi saya cuma nak mengingatkan awak!"

"Argh…!! Saya tetap dengan keputusan saya! Saya tak nak anak tu..up to u!" Nazif menumbuk pintu. Dia bengang dengan kata-kata Alia. Nazif terus mencapai kunci motor lalu keluar. Dia sudah tidak peduli akan Alia lagi. Apa pun nak jadi lepas ni, jadi lah.

Suasana dewan kuliah yang bising berubah menjadi sepi tatkala Pensyarah Norlia melangkah masuk. Semua mata tertumpu pada wajah pensyarah yang cantik jelita itu. Walaupun sudah menginjak usia lima puluh, wajahnya tetap segar dan bersih. Alia yang duduk di tengah-tengah dewan kuliah masih sibuk mendail nombor Nazif, setiap kali dia call, Nazif pasti mengreject panggilannya, kurang asam punya husband, setiap kali voice mail box, dah berapa kredit aku kena tolak! Ces! Nazif yang duduk di penjuru kiri dewan berlagak seperti tidak ada apa-apa. Mereka satu kuliah, satu kursus. Dua-dua student Law.

"Alia?" panggil Puan Norlia, dia cuba menggamit perhatian Alia supaya perempuan berambut lurus itu menumpukan perhatian pada apa yang cuba disampaikan.

"Yes, madam." Jawab Alia, cuba mengcover perasaan gemuruhnya. Handphone terus disumbat ke dalam beg.

"Please pay attention, can you?"

"Okay…I’m sorry.." Alia angkat tangan. Puan Norlia membalasnya dengan senyuman. Nazif menjeling wajah isterinya yang sudah berubah menjadi kelat.

"I dah bagi note tentang Law and Morality yesterday, kan? So, can you please take out all those notes because I just want to go through it quickly. Simple topic, and I guess you all can read them by yourself, tapi never mind, I nak masuk sikit je tentang bab ni," Puan Norlia memulakan kuliah pagi itu seperti biasa. Namun, minda Alia tidak melekat di situ. Dia sudah menerewang entah ke pelusuk dunia mana, mencari keputusan yang terbaik atas apa yang Nazif mahu daripadanya. Sampai hati kau sayang..sedih betul la…

"Euthanasia?"

Alia tersentak ketika Damiah menampar bahunya. Dia jungkit kuning, tidak faham.

"Madam tanya kau la…" jawab Damiah sambil ketawa kecil. Alia mula kalut. Perbincangan pagi itu sudah berlarutan sehingga sesi soal jawab. Satu benda pun dia tidak dengar dan ambil tahu tentang pelajaran yang disampaikan tadi. Mati lah kali ni…

"Oh..erp..hurm..I think, euthanasia is a type of law where, people can choose to end their life, usually in western la, not allow here as, the law is opposing our custom as well as our religion, because…we know that, Malaysia is a Islamic country.." Apa benda aku merepek ni..tunggang terbalik ayat aku, mampus! Future lawyer la katakan, agak-agak lah, macam tak sesuai saja aku dengan kerjaya ni nanti. Tapi, serius la, aku macam dah pernah baca pasal ni before.

"Good, Alia!" Puji Puan Norlia. Waaa..gila, betul pulak apa yang aku cakap..

Nazif tersengeh. Bijak juga kepala otak bini aku.

"What else, there is also law of abortion, kan…" tambah Puan Norlia lagi. Alia baru sahaja ingin menaip mesej, tapi sepatah perkataan dari ayat Puan Norlia itu telah mencuri seluruh perhatian perempuan itu. Abbortion? Dia segera menyentuh perutnya. Sebak seketika. Nazif juga begitu. Dia mencuri pandang pada Alia. Perlakuan isterinya itu telah meragut perasaan simpatinya.

"Kat Barat, there is a law yang allow women to dissociate their pregnancy…but with certain things to be follow, means that there are several law or rules to be consider first before they really can dissociate their pregnancy, but usually, they just allow…alah, siap ada klinik untuk ‘cuci’ lagi, different with us.." sampuk Damiah, menambah ayat Puan Norlia yang tergantung. Semua orang mengangguk.

"Tapi, sekarang kat Malaysia, banyak juga orang gugurkan kandungan," Rasyid sengaja mencetuskan isu.

"Hurm, tapi kalau bersebab, it’s okay.." Puan Norlia memberi respon. Alia berasa seperti langit mula menghempap dirinya.

"Masalahnya, kalau tak bersebab tu, Madam. Itu lah, saya pun tak faham, buat anak pandai, seronok-seronok dulu, but when it comes to that stage, dorang sanggup buang pula, membunuh perkataan yang lebih tepat. Orang yang dah kahwin sibuk nak anak, dorang pula nak buang, tergamak betul…" balas Rasyid. Nazif berasa semua orang sedang menyindirnya.

"Waaa…kau ni macam wakil rakyat pula, Syid. Bersemangat membahaskan isu abortion. Haha! Tapi, tu la weh, aku nak add la point kau tadi…kebiasaanya la kan…kalau kita perhatikan, orang yang tak kahwin ni, mudah je nak pregnant kan..tapi terbalik pula bagi orang yang kahwin sebab…" belum sempat Fatiha menghabiskan ayatnya, Mursyid sudah menyampuk.

"Analogi mudah la, be open okay..semua dah besar panjang..hehe…macam ni, aku nak bagi gambaran mudah la..aku minta maaf kalau ada yang rasa lucah sangat, tapi aku nak bagitau jugak, pelacur. Kita amik contoh pelacur kan, or perempuan yang tak kahwin tapi gatal nak buat benda tu, dorang kan, time buat seks, mudah je ‘masuk’ kan…tapi kalau isteri, mak aih..sakit la..sampai sesetengah tu, menangis, why? Sebab ada makhluk yang membantu melancarkan kemaksiatan yang dimurkai Allah itu, dan siapa dia? Of cause, definitely, syaitan.." Dewan menjadi bising. Ada yang ketawa, ada yang bersetuju. Betul, juga.

"Eh, kita dah melalut sampai topik ni jadi besar kan, tapi never mind, at least you all improve how to argue and develop your skill, dare to give opinion, response to what other people say..that’s a good thing anyway.." Puan Norlia meredakan suasana yang sudah hangat.

"Kalau yang dah kahwin, tapi nak gugurkan anak, macam mana pula?" soal Jefri. Soalan yang kedengaran tak logic, tapi betul-betul membuatkan Alia seperti jatuh menyembah bumi.

"Gila! Ada ke macam tu? Pasangan bengong mana yang sanggup buat macam tu?" bidas Mursyid. Pelajar di belakang ketawa geli hati.

"Laaa..mana tahu, sebab dulu kat kampung aku ada la pasangan ni, dorang tak cukup duit, so, dorang sanggup gugurkan kandungan si isteri ni…" bela Fatiha. Jefri angkat ibu jari.

"Waaa..tak patut la macam tu, anak tu rezeki..Allah betul-betul dah janji, lahirnya anak itu sudah ditetapkan rezeki masing-masing..kita kena berpegang pada benda tu, kena yakin," nasihat Puan Norlia. Semua menggangguk.

"Sama macam orang yang buat family planning la…dengan alasan tak ada duit, tapi aku tengok, orang kaya je yang buat semua tu, orang miskin tak ada pula nak rancang-rancang kan, berderet anak kat rumah, dan tak sorang pun mati sebab lapar, susah macam mana pun hidup, at least, Allah bagi jugak rezeki paling kurang boleh minum segelas air masak sehari, tu bukti kekuasaan Allah, Allah itu maha Pemurah, maha Penyayang, kan, kan, kan?" Sa’diah pula bangkit menyuarakan pandangan.

Nazif patut dengar semua ni. Dia wajib dengar, bukan patut lagi. Alia mengomel dalam hati.

Nazif benar-benar terpukul. Dia mengerling Alia yang duduk di penjuru kanan dewan. Dia pula di penjuru kiri.

"Betul, betul. Tapi, aku maybe faham kot kalau sesetengah pasangan yang muda ni tak nak anak awal…" Mursyid sengaja melengahkan apa yang ingin dikatakan.

"Kenapa?" soal Nazif. Ceh, tiba-tiba aku menyampuk. Malunya!

"Pertama, mesti lah sebab duit, masalah ekonomi, lagi satu…sebab bila isteri dah deliver baby, tak best dah nak buat benda tu, pandangan suami mengatakan ‘dah tak ketat’, aku minta maaf sekali lagi kawan-kawan tercinta, aku cuma menyuarakan pandangan, hehe"

"Oww…aku tak tahu pula macam tu..Eh, Mursyid, kau ni kan, macam tahu banyak je, baik kau kahwin cepat-cepat! Haha! Tapi, maybe sebab faktor tu kot, semakin ramai perempuan sekarang memilih untuk dibedah berbanding deliver secara normal, kan? Tapi, dorang tak tahu kelebihan bersalin secara normal" Fatiha kembali menguasai perbincangan.

"Haha…now, see…dunia sekarang dah banyak terpesong…semua lebih kepada keduniaan, kan? Mangikut nafsu. Ini lah masalahnya, bila kita tak berpegang teguh pada ajaran agama padahal Allah dah letakkan hikmah-hikmah yang subhanaallah..sungguh menakjubkan di sebalik setiap satu perkara kan..Cuma tinggal kita je untuk membongkar kesemua hikmah-hikmah itu..tapi, percayalah, awak semua kena ingat benda ni, Allah akan sentiasa memberkati orang yang sentiasa mentaati suruhannya, that is our moral value for today, okay…" Puan Norlia mula menyimpulkan perbincangan. Kelas tamat.

"Alia! Alia! Please, tunggu jap..Alia! Tolong lah…" Nazif mengejar Alia yang berlari menuruni tangga.

"Saya tak nak dengar apa-apa…cukuplah awak dah seksa hidup saya…saya dah tak tahan…ceraikan saya…" laung Alia sambil menangis. Nazif menggeleng. Aku minta maaf sayang, aku dah ubah fikiran..kita sama-sama jaga anak kita nanti..

"Saya benci awak,Nazif! Menyesal kahwin dengan awak!" jerit Alia lagi. Rupanya, dia hanya berkata-kata di dalam hati. Nazif malu untuk meluahkan kata-kata itu tadi. Ego!

‘Sayang…jangan lah macam ni…." pujuk Nazif. Alia masih pantas menuruni tangga.

"Dengar apa yang saya nak cakap dulu, Alia!" Akhirnya dia berjaya juga meraih isterinya. Nazif memeluk Alia erat-erat. Baru dia perasan, sudah lama dia tidak berbuat begitu.

"Tak nak! Jangan sentuh saya!" Alia menggelepar. Segala buku dan failnya jatuh.

"Tolong lah..please sayang…I’m sorry…" Nazif masih tidak putus asa. Dia mengucup tangan Alia. Alia cuba menepis, namun, lain pula yang jadi. Sebelah kakinya telah tergelincir ke anak tangga bawah. Alia jatuh. Dia menjerit dan Nazif cuba menyambar tangan isterinya itu, namun, dengan dia-dia sekali jatuh bergolek dari anak tangga paling atas hingga lah ke anak tangga paling bawah.

"Sakit….Nazif…sakit…" adu Alia sambil menolak tubuh Nazif yang menghempap kakinya. Nazif bingkas bangun, bertinggung di sebelahnya.

‘Sayang…awak okay? Eh, ya Allah…sayang, darah…" tegur Nazif. Dia mula cemas. Alia pantas menoleh kepada kainnya yang sudah terselak sehingga paras peha. Merah. Darah pekat mengalir di celah-celah betisnya yang licin.

"Sayang…anak kita..tolong…bawa aku ke hospital cepat…cepat! Nazif, cepatttttt!!!" Alia menjerit sesungguh hati. Nazif kalut. Dia pantas mencempung isterinya.

"Anak kita, Zif! Anak kita….sakit…sakitnya…Zif…sakit…" adu Alia sambil meraung. Nazif cuba menyabarkan Alia.

"Sabar sayang…sabar…."

"Cepat…!! Nazif, cepat! Nazif, anak kita….anak kita…" Alia tak putus-putus merintih.

Senja hari itu berlabuh seperti hari-hari sebelumnya. Bezanya kali ini, awan mendung sudah mula menguasai langit, petanda bahawa hari bakal hujan.

"Alia, jom makan…" ajak Nazif lembut,

"Kau tak payah nak tunjuk baik depan aku, Nazif! Pergi!" halau Alia kasar.

"Sayang…dah dua hari awak tak makan nasi, just minum milo, mana cukup.." pujuk Nazif lagi. Dia melabuhkan punggung di sisi isterinya. Rambut Alia yang menggerbang disentuh dan dicium sepenuh hati.

"Biarkan aku! Aku nak mati sekalipun, kau peduli apa?! Kau puas hati kan..anak kita dah mati. Tak payah lah kau susah-susah suruh aku gugur..kau sendiri dah bunuh anak aku! Kau memang syaitan, Nazif! Syaitan! Syaitan! Jahat! Eee…!!!" marah Alia. Dia menampar pipi Nazif berulang kali, tapi Nazif hanya membiarkan tindakan Alia.

"Alia…stop it! Tolong lah sayang…" Nazif menahan tangan kecil itu. Alia menangis semahu-mahunya. Kemudian, dengan tiba-tiba pula dia memeluk Nazif. Alia mengilai seperti pontianak, kemudian menyanyi-nyayi. Seketika pula, dia mencium pipi Nazif sambil mengekek-ngekek ketawa dan bertepuk tangan gembira. Itu lah Alia. Dua tahun sudah berlalu, namun dia masih begitu, dan Nazif terdera dengan perasaan bersalah yang semakin lama, semakin menjerut tangkai hatinya.

Betul, kita akan lebih menghargai seseorang itu setelah kehilangannya. Itu lah apa yang aku rasa sekarang. Aku lupa bahawa isteri itu adalah amanah yang sangat berat, dan aku sungguh berdosa dalam melaksanakan amanah itu. Alia, isteriku. Sungguh, aku betul-betul sayang dan cinta pada perempuan bermata bundar itu. Dia benar-benar baik pada aku. Cuma aku ni…kadang-kadang kejam padanya.

"Sayang…jom kita dinner kat luar malam ni, boleh tak? Sayang..boleh lah…malam ni kan our
anniversary…please…" rengek Alia ketika aku sedang leka menaip assignment.

"Wei, please lah. Kalau aku kata aku busy, maknanya memang aku busy lah. Aku dah la penat, tension! Kau ni buta ke? Kau jangan sampai aku hempas laptop ni dari tingkap sepuluh..pergi! Jangan ganggu aku…Keluar!" aku menghalaunya dari bilik. Wajah Alia berubah menjadi merah, barangkali cuba menahan tangisan. Dia masih tercegat di situ. Aku jadi geram. Lengannya segera ku cekak lalu aku mengheretnya keluar bilik. Pintu bilik ditutup sekuat hati kemudiannya.

"Encik kekasih…Cik Cinta kat sini dah rindu sangat! Hehe!" MMS gambar kartun smiley sedang menangis menggamit perhatianku. Aku tersenyum. Namun, tidak pula membalas apa-apa.

"Alaaaa…kenapa sayang tak balas mesej saya?" rajuk Alia ketika menelefonku. Ketika itu, aku berada di Pulau Pangkor, menghabiskan cuti hujung minggu bersama teman-teman dan dia di Kuala Lumpur. Alia mendesakku untuk membawanya sekali tetapi aku tetap berkeras, tidak mahu. Aku lebih memilih untuk bersama teman berbanding isteri sendiri.

"Tak ada kredit.." ringkas jawapanku, aku sengaja malas top up, sebab aku tahu, Alia akan sentiasa menghubungiku.

"Hurm..nanti orang top up kan, okay?" Aku menjerit Yes dalam hati. Alia seorang isteri yang tak pernah berkira.

Itu dulu, masa awal-awal kahwin. Paling aku kesal, ketika Alia hamil dulu.

"Nazif, roti dah habis eh?" tegur Alia ketika aku sedang menonton tv.

"Dah habis, saya yang makan tadi. Kenapa?" soalku. Alia kelihatan kecewa.

"Orang nak makan roti…" luahnya. Dia menarik kerusi lalu duduk sambil menongkat dagu. Aku memandangnya sepintas lalu, pura-pura tidak faham dengan kebiasaan orang mengandung. Mengidam lah tu..tapi aku malas nak keluar.

"Nasi kan ada tu, atas meja. Makan je la apa yang ada…"

"Tapi, orang nak makan roti jugak…" rengek Alia manja. Dia segera mendekatiku. Lenganku dipegang lembut.

"Tolong la…orang nak makan roti.."

"Eh, awak jangan nak mengada boleh tak? Makan je lah apa yang ada, mengada-ngada!" marah aku. Tangan Alia aku tepis dengan kasar. Dia terkedu. Aku sengaja tidak mahu memandang wajahnya, tapi aku tahu, dia sedang merenungku dengan mata yang berkaca-kaca, seketika kemudian, Alia berlari masuk bilik sambil teresak-esak menangis. Nasi ayam yang aku beli masih di situ sehingga pagi esoknya.

"Alia, jangan! Masya Allah! Awak nak buat apa ni?" aku menjerit ketika melihatnya memanjat pagar balkoni rumah kami.

"Nak ambil tu…" Dia menunjuk ke bawah. Botol susu sudah jatuh ke bawah. Aku sendiri gerun melihat pemandangan setinggi itu. Alia kelihatan sedih. Dia mendodoi anak patung yang sentiasa dikeleknya.
"Jangan..mana boleh turun dari sini, kena turun ikut pintu, lepas tu kita masuk lif..then..keluar lif, lepas tu baru lah pergi amik botol tu balik eh, sayang?" pujukku. Alia melompat gembira. Aku menggosok kepalanya yang bertocang dua. Sebelah tocangnya diikat reben warna biru, sebelah lagi reben warna merah.

"Baby jangan nangis tau..nanti daddy amik balik eh, botol tu, okay? Jangan nangis ye…jangan nangis tau…baby anak yang baik kan…" Alia memujuk pula ‘bayi’ kami. Aku juga berpura-pura memujuk bayi kami itu. Mulai hari ini, aku akan membahagiakan Alia dan ‘anak’ kami. Itu janji aku.

"Baby sabar eh…daddy turun kejap je…duduk dengan mummy kejap eh, sayang baby…" Alia tersenyum gembira. Aku bahagia melihat senyuman itu.

"Diam! Diam aku kata! Kau nak jadi anak yang degil, eh?! Diam!!!!" Jerit Alia tiba-tiba sambil menggoncang-goncang anak patung. Ketika itu, kami sedang dalam lif untuk turun ke ground floor.

"Kenapa ni sayang?"

"Anak kita jadi jahat! Jahat! Diam!" Alia menjerit-jerit. Aku cuba menyabarkannya, namun dia berubah menjadi agresif. Patung itu dihempas ke lantai lif dan dipijak pula.

"Jangan, sayang. Alia…alia…please, sayang…" Aku cuba menghalang Alia dari terus berkelakuan begitu. Jiran kami yang turut berada di dalam lif sudah ketakutan.

Pintu lif terbuka. Alia terus berlari. Aku tidak sempat mengejarnya yang sudah jauh meninggalkan aku.

"Alia!" jeritku. Alia menjerit dan ketawa lagi.

"Alia, jangan!" aku bertempik sekuat hati ketika dia terus melintas jalan tanpa menoleh lagi. Lori ais yang sedang laju tidak mampu untuk membrek lagi. Aku tergamam.

"Isterikuuuu..!!!!!!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
;