Masa Sentiasa Bergerak

Pages

Selasa, 27 Disember 2011 0 ulasan

TarGeT DaN MaTLaMaT BaRu

Pertama,
nak cari kerja baru..
tak kisah la kerja apa..
janji boleh mendatangkan keuntungan..
wpun org kata duit tak menjamin apa²...
btul ka??
klu tiada duit boleh mkn ke??
cnfrm tak boleh kan??
kecuali la org tu mmg sejak lahir di sahkn kaya atau jutawan..

Kedua,
kumpul duit nak kawin..huhuhu..
sampai skrg duit tak pernah cukup utk tujuan itu...

Ketiga,
masih dalam perancangan..huhu
iaitu,nak beli kereta sendiri..
tiada guna ada lesen klu tiada kereta sendiri...
rugi rasanya ada lesen tapi tak di guna,,
boleh di kata lesen tu utk dompet..
da mcm lesen dompet pla bukan lesen kereta...wakakkakakakaa..

Keempat...
dalam pencarian..hahahahaha
Isnin, 26 Disember 2011 0 ulasan

DuNia Ku iBaRaT GaNTuNG TaK BeRTaLi

Tak tahu nak kata apa sebenarnya.. Hari² pun benda yg sama aku lalui..
kerja,balik kerja dan tidur..bila da bgn dari tidur cnfrm akan pergi kerja lagi..gtu la tiap hari aku lalui...huhuhu..

tak sperti org yg kerja kerajaan..
tiap bulan dpt gaji yg leh menjamin utk beli barang yg di perlukn

aku??
aku hnya kerja yg leh di kata dpt gaji hnya hbis byar sewa umah dan mkn,,
tiap kali gtu..

kerja yg aku nak sgt,tapi smpai skrg tak dpt lagi..
gni la nasib aku..
kadang salah kan takdir..
napa aku leh jadi mcm ni..

usaha??
aku da byk berusaha utk jadi yg tbaik
utk masa depan yg akan datang..
tapi takdir telah tertulis aku mcm ni...

putus usaha??
pernah terlintas di fikiran supaya tak bharap dgn semua tu...
tapi bila di fikir balik,
usaha tu mmg la penting dlm diri manusia..
tanpa usaha kita tak kan kemana..
sentiasa berusaha utk jadi yg tbaik mmg la susah..

semua org mahukn hidup jadi yg sempurna kan??
begitu jg la dgn aku..
sentiasa brusaha utk jadi yg tbaik..
walaupn ada kala nya aku tewas dgn usaha sendiri...

aku tak tahu mcm mana nak jadi yg tbaik..
aku tak tahu mcm mana nak jadi sempurna..
dan aku tak tahu arah mana hidup aku..

semuanya nmpak suram..
apa yg bakal blaku kemudian hari tu semua
sgt la suram dan gelap utk di ketahui..
tak kan nak jadi mcm ni terus..
ibarat tiada kemajuan dlm hidup sendiri...

KENAPA AKU MACAM NI???????????
hidup aku penuh dgn tanda tanya
yg sukar utk aku fikirkan...

HARAPAN TINGGAL HARAPAN...................
Khamis, 1 September 2011 0 ulasan

(Lawak) Sms Yang Mencemaskan

"Abg... tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina... gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu... hu... "

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what the hell is going on... tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi." (hahahahahaa..lawak)
 
;